Bila nak revise lecture 1st, semua buku saya keluarkan. Belek, tengok. Satu persatu. Hanya mata yang melihat, tapi Wernicke's area jammed! Satu bahagian pada otak di mana bila kita baca @ dengar sesuatu, ia akan buat kita faham. Konklusinya, saya baca tapi saya tidak faham keseluruhan subtopic itu. Dan malam itu dihabiskan dengan aktiviti membelek buku. Saaaddd :(
Tapi alhamdulillah masalah ini tidaklah sampai buat saya mengalami 'depression'. Hehe. Neurology yang agak complicated is compensated by pyschiatry yang enjoyable. Dan kebergantungan pada Rabb,tuan kepada ilmu itu adalah sesuatu yang VITAL!
Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang berusaha pada jalanNya. Alhamdulillah hari ini hampir 85% masalah saya seolah-olah terbang. Allah hilangkan beban itu daripada saya. (Maka sesungguhnya sesudah kesusahan itu pasti ada kesenangan) :) Sesi ILA ( Intergrated Learning Activity) tadi inshaAllah memberi kami kefahaman dan ilham yang datangnya daripada Allah SWT. Physiology of CNS and Case of stroke. Dalam hati, " Aku ni kalut sangat kot." Syukur yang tidak terhingga. Qul alhamdulillah 'ala kulli ni'mah! :D
Solat hamba yang bersyukur, doa hamba yang bersyukur, percakapan hamba yang bersyukur, kehidupan seharian hamba yang bersyukur adalah satu nikmat yang tidak tergambar hebatnya. Terasa bahagianya hidup ini bukan pada nikmat dunia tetapi kerana syukur kepada Allah di atas segala rezeki yang dikurniakan adalah infiniti. Kerana apa? Kerana syukur itu lahir dari hati yang sejahtera (Qalbun salim) yang mencintai Rabbnya. Talk tentang cinta tempoh hari melayang di minda. Tanpa cinta, keikhlasan dan kekuatan itu tidak hadir. Allah, besar sungguh hikmah di sebalik semua yang berlaku. Saya barangkali terlalu 'syok sendiri' dengan pelbagai ilmu dan pengajaran yang Allah bagi. Mungkin juga kerana pada awalnya niat itu tidak sepenuhnya kerana Allah. Dan banyak kali kebarangkalian.
Moral value :
1. Jangan terlalu asyik mengejar ilmu tanpa kita kembalikan rasa syukur atas kefahaman yang Allah anugerahkan.
Mereka menjawab," Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (Al-Baqarah : 32) ---> Jawapan malaikat kepada Allah ketika ditanyakan tentang sesuatu yang telah diajarkan kepada Nabi Adam A.S. Peristiwa penciptaan manusia.
2. Study lillah (kerana Allah) adalah long lasting effectnya berbanding study kerana exam. Believe me. Boleh cuba dan rasa perbezaannya inshaAllah :)
3. Otak adalah sesuatu yang miracle! MasyaAllah, 'azim~
Ok, inshaAllah sampai di sini sahaja. Peringatan buat diri saya dan mungkin buat sahabat yang membaca. Semoga kita tidak pernah leka dan berhenti meraih cinta Allah dan berusaha menjadi hamba yang bersyukur biiznillah.




1 thing(s) to ponder:
goodluck nun. ak lost jugop! >.<
Post a Comment