Hehe. Lama sungguh tak update blog. Sibuk sungguh dengan perkara yang lebih kepada kehidupan realiti. Sekarang saya sedang menjalani praktikal Obstetric & gynaecology ( Sakit puan & perempuan?). Banyak konklusi yang dibuat, banyak pemahaman yang dapat. Alhamdulillah!
' Mengapa perempuan itu istimewa? '
' Kenapa Islam mengangkat darjat tinggi seorang wanita.'
' Syurga di bawah tapak kaki ibu?'
Syukur alhamdulillah, walaupun ramai yang cakap jadi student medic ni susah tapi dalam payahnya banyak Allah selitkan kesedaran. Salah satunya, kita istimewa. Ibu itu terlalu istimewa. Bukan bermakna lelaki atau ayah itu kurang istimewanya. Tidak sama sekali. Tetapi sekadar kesedaran bagi yang masih samar atau terlupa seketika barangkali. Kita tidak lahir di dunia ni terus besar macam ini. Tapi kita lahir diiringi senyuman keluarga dan DERITA seorang ibu, yang mana derita ini seolah-olah terubat sebaik sahaja mendengar tangisan si kecil. Miracle kan? Subhanallah!
Selalu kita buat dia kecil hati, terkadang ada juga berlaku biadap,memberontak sesuka hati. Kesian,sering dia kecewa. Tetapi anehnya, tiada sekelumit kasihnya pada kita luntur. Pelik! Derita 9 bulan dan saat melahirkan bukan ingauan ngeri buat si dia,sebaliknya itulah pengalaman manis yang pasti tidak akan dilupakan selagi hayat dikandung badan. Katanya, itu detik lahirnya 'buah hati amanah Allah'.
Saya masih tertanya-tanya, mengapa masih ada yang sanggup membuang bayi. Bukan tiada jawapan tetapi saya terlalu mengharapkan pertemuan (face-to-face) dengan si pelaku. Ingin sekali mendalami rasa hati kerana saya percaya masih ada rasa sayang dia kepada si kecil tidak berdosa. Ini cerita lain.
Buat saya. Buat si anak. MATANGlah dalam urusan tanggungjawab dan hak kepada ibu bapa. Penuhilah ikatan kita dan mereka dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Keberkatan Allah ada pada keberkatan mereka. Dia tidak Allah ciptakan sebagai hamba kepada si suami mahupun anak. Tidak juga Allah ciptakan mereka dengan kesempurnaan. Tetapi Allah jadikan dia sebagai sayap kiri perjuangan suami dalam membina baitul muslim. Ibu dan pendidik kepada bakal mujahideen. Tangan yang mampu menggoncang dunia. Dia mampu kerana Allah Maha Tahu, dia terlalu istimewa :)
*************************************************************

Heartmelting!
Ps :: 'Anak-anak kecil' kat rumah dah tak berapa kecil. But still, you guys are my LITTLE babies! Forever. Mak teh rinduuuu~
Em,O&G sangat best tapi saya tak intend nak jadi doktor dalam bidang tu. My dear ladies kat luar boleh jadi? Kita tend untuk faham mereka yang sama sifat dengan kita kan :D




2 thing(s) to ponder:
Obstetric & gynaecology ( Sakit puan & ...perbidanan
Ahha!tu dia word nya. Pening jgak jadinya bila nk translate lagi2 bila dh mmg set mind yg gynae is all about women. all obstetric is all about WONDERFUL mom!
Anyway, terima kasih ye anon :)
Post a Comment