Please survive

Ramadhan kareem everyone :)

Ada yang pernah dengar lagu "IBU" ni?
By Haddad Alwi feet Farhan.

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu.




Sekarang alhamdulillah tengah ambil elective course. NICU (Neonatal Intensive Care Unit). Belajar tentang baby yang baru lahir. How to do neonatal resuscitation if needed. Classification of newborn etc. 1st day began with a sad story. Kami masuk untuk tengok baby yang lahir cukup bulan dan tak cukup bulan. Seorang baby yang saya YAKIN,Allah ada perancangan yang terbaik untuknya, 'yatim secara luaran'. Macam mana tu? Ibu dia melarikan diri daripada hospital after giving birth. Kesiannya. Duduk dalam bilik tu tanpa penjaga. Nurses je yang datang bagi minum susu. Setiap kali lalu bilik tu,saya akan singgah jenguk tengok dia. Ingin sekali meyakinkan dia bahawa dia adalah 'istimewa'.

Preterm @ baby tak cukup bulan pula? Ramai yang takut nak pegang. Saya pula eager nak pegang. Nak rasa 'how small this creature is' dan masyaAllah semuanya daripada kuasa Allah. Few days tunggu, and alhamdulillah akhirnya berkesempatan nak pegang. Ya Allah,kecil yang teramat. Muat 2 tapak tangan saya barangkali. Lahir masa umur 29minggu.. Kecilnya Ya Allah,Tuhan sahaja tahu macamana dia survive. Meruntunnya hati tengok. Entah macamana perasaan si ibu. Pasti dia cukup kuat untuk menerima dan kerana itu, Allah memilihnya. Please stay strong mom!



Saiz baby tu lebih kurang macam ni. (Ihsan google)


Tengok baby yang tak cukup bulan ni survive buat saya rasa kuat psychologically. Hati kecil saya cakap," Babies, the real world is more challenging. You have to stay healthy and grow bigger and be a good servant. Be great for ummah!... Our ummah need you." Mereka dengar ke?

Dear babies,please survive! Allah knows~

Ar-Rum : 54
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan(kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."


Tengoklah macamana Allah terangkan proses hidup manusia dari kecil hinggalah kita tua. Al-Quran itu petunjuk. Jadilah orang yang 'berakal'.


Ps 1 : Saya SUKA neonatology. Dah lama tak guna skill CPR.

Ps 2 : Hari-hari pergi 'sekolah' dengan semangat! Babies make my day :)

Ps 3: Pegang baby full term tadi, terubat rindu dekat kids kat kampung. Rindu dekat amanie yang baru sebulan lebih.

Ps 4: Ramadhan dah melepasi penggal separuhnya, amalan kita mantap tak? Al-Quran dah takat mana? Mantap tak? Jom kita kayuh laju-laju.

Ps 5: Baju raya eden takde :(



Selamat beramal!


1 thing(s) to ponder:

aklina said...

salam hanun
ore dulu pun ambik NICU jugop..best2x...bnyak dapt belajar dr baby2 ni kan and yap everyday i whispering to them..hello there, be strong babies be good hehe

Back to Top