12

Bukan mudah



Siapa kata tanggungjawab daie ini mudah? Tidak semudah mulut melontarkan kata. Selalu sahaja rebah tersungkur di tengah jalan. Tapi janji syurgaNya juga yang meniup semangat. Selalu air mata menjadi teman tapi janji bahawa Dia di sisi jugalah yang memujuk hati. Sering terasa diri lemah tapi kerana Dialah kekuatan itu datang. Semuanya kerana Allah. Allah tak pernah rugi kalau kita berpaling daripadaNya. Fitrah kita yang memerlukan Rabb. Kenapa masih sombong melakukan kerosakan? Kenapa masih berani menipu diri sendiri dengan perbuatan yang kita sendiri sangat 'arif dengan dosa haramnya? Besar sangatkah kita ni? Masih merasakan umur kita ni panjang ke? Atau terlalu yakin bahawa mati itu masih lambat? Orang lain tak pernah untung @ rugi kalau kita tipu diri sendiri. Apatah lagi Allah,Tuhan sekalian makhluk.


Sahabat,
Sangat rugilah seseorang itu,bilamana Allah dah campakkan hidayah padanya tapi dia berlengah. Sangat rugilah seseorang itu bilamana dia tahu bahawa Allah murka dengan perbuatan itu tapi dia masih bergelumang asyik dengan dosa perbuatan yang dia sendiri AMAT TAHU.
Sangat rugilah seseorang itu bilamana dia belajar tapi hanya menyimpannya sebagai ilmu semata.

Molek sudah acuan yang ibu bapa kita berikan untuk dijadikan bekalan hidup. Mengapa tegar kita cemarkan? Tidak cukupkah ilmu,kasih sayang,cinta,harta dan segala yang mereka hamparkan? Kasihani mereka. Intan yang mereka hulurkan, najis yang kita balas kerana diri masih asyik dengan CINTA MURAHAN. Apa bernilai sangatkah cinta lelaki yang ajnabi tu sampai kamu sanggup berikan peluang untuk MALAIKAT SEBELAH KIRI memenuhkan buku amalan kamu dengan dosa? Wah hebat sekali cinta kalian. Sampai sanggup menggadai syurga hanya kerana cinta lelaki yang BELUM PASTI menjadi milik kalian.

Cuba tanya pada diri,
"Aku ni confirm ke kahwin dengan dia?"
"Aku ni tengah buat dosa,tak takut sangat ke dengan neraka Allah?"
"Aku ni dah confirm masuk syurga ke? Sampai dah tahu dosa tapi still buat tanpa rasa nak bertaubat."
"Aku ni confirm ke sempat bertaubat sebelum mati?"
"Allah nanti tunggu aku bertaubat dulu ke baru nak ambil nyawa?"


Sahabat,jangan kita jadi hamba yang lalai. Jangan kita jadi hamba yang angkuh. Angkuh bukan hanya riya'. Tapi masih melakukan perbuatan yang kita tahu itu dosa, tanpa taubat juga angkuh. Dan apa itu taubat? Memohon keampunan drpd Allah kerana dosa yang telah kita lakukan dan berazam serta berusaha untuk TIDAK mengulanginya lagi. Cukupkah syarat taubat kita?



Sahabat,sungguh,sy hampir futur. Bantu sy untuk TIDAK melepaskan genggaman tangan kita dalam menuju syurga. :( Untuk kita sama-sama berjalan pada persinggahan ini dengan syari'atNya. Uhibbukum fillah!



nhanunmr [010711~2028]

12 thing(s) to ponder:

tuya said...

anum...be a strong girl..jgn mdah terikut dgn cara org lain..jadilah diri kita yg sebenar..spt acuan yg lengkap oleh parents kite...okeyh...

nhanunmr said...

ish,ingatkan k.cik 'tuya'. rupa-rupanya oghe lain.ehee~ haha,noor hanun tak pernah nk jadi org lain lah ;)

nhasanahshamsuri said...

salam cik nun :)

nice entry. semoga kita semua sentiasa thabat di jalanNya insyaAllah. jangan sesekali putus asa. Allah itu Maha Adil & Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

~ukhuwah fillah hingga ke syurga okeh? insyaAllah~ :)

nhanunmr said...

wslm wrhmtllh
aii,budakbajucotton ;) inshaAllah,biiznillah..daie tak boleh futur bukan?hehe..

hold my hand *warm hugs*

hasmah's said...

thanks Hanun for reminder.
nice post :)

"bukan mudah menggapai bintang,
berselisih dugaan mendatang..
di sebalik kepayahan
disitulah kekuatan,
tekad hati
azimat di perjalalanan --
mengejar impian"
ini adalah lirik nasyid tp sy lupa apetah tajuk dia.


uhibbukum fillah awie3!

*remind me if i lost,
coz sumtimes we did wrong,
but we assume everything was right *
:))

nena senggoti said...

slm cik nun. i really really really like ur post!

nk mntak share kat mne2 bleh? hehe.
urm, btol. seorang daie xboleh futur. kne kuat! kuat! kuat! :)

sasraz said...

May Allah be with you dear..

kalau hanun boleh ke'sana', pimpin tangan saya sekali boleh?

Anonymous said...

macammne yer...klu kite tahu die AMAT TAHU apa yang die buat adalah tidak betul malah haram ponn disisi ISLAM. tp die masih buat jugak.klu kte nk ingtkan...die mmg dah tahu...nak cakap lebih2 nnt ade yang terasa....buntu2....

nhanunmr said...

hasmah :: mimpi yang indah by mestica.tema 'ishq pyar mohabbat'.. sy yg pilih ;) lirik die best kan?ehee

yeah,absolutely!saling ingat-mengingati ke arah kebaikan. Nikmat terhebat dalam ukhwah..inshaAllah.saranghae hasmah *warm hugs*


nena :: wslm wrhmtllh..hai cikna :) boleh,feel free to share.kebaikan perlu disegerakan. yep2,tak boleh futur..alhamdulillah,ade sahabat2 yg menyelit kekuatan.jzkk nena!


sasraz :: And may Allah watch over you,darling.give you His blessing :)
sarah,walk beside me supaya kita tak tertinggal even dengan 1 step.


anon :: teringat kisah cara Rasulullah SAW berdakwah dengan org yg jahil dan org yg tahu.. iAllah nnt sy postkan special utk awk.moga membantu.selamat bermujahadah! :)

cik nourah said...

:) :D <3 <3

mcm2 perasaan bile baca ni. yg penting, sayam mokteh =). sy pun nk ke syurga juga. bawak saya sekali yeh. tegur saya bila saya silap atau lalai.

'fazakkir!..beri lah peringatan! sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang mukmin

*uhibbukunna fillah (antunna di situ klau khas utk akhawat.hee~)

kucIngbUnge said...

uhibbuki fillah aidhan.

hanun,kita sama2 saling menguatkan,okeh.biiznillah.

=) nice entry.

nhanunmr said...

cik nourah :: jzkk!sayam mok ngoh jugok :D yep,moga kita semua sentiasa berjalan dlm lingkungan syari'at..
ps.. hehe.saje letak uhibbukum.takut nnt ade yg ckp sy pilih kasih.wakakaka :)))


kucingbunga(imagine cane agaknya kucing bwk bunga) :: ogy,ihfazi :) lame dah xjumpe.rindu~
jzkk..inshaAllah.

Back to Top