Apa ada pada usaha?

Assalamu'alaikum :)

Sebelum sy mulakan entry baru kali ni,suka nak ingatkan layout baru sy ni complicated sikit (banyak kot..sb sy pun pening2 lagi nak handle :p ) maaf.. Sahabat2 kena klik *read more* tu dulu baru jumpa shoutbox,tags segala. Tapi banyak benda yang sy dah remove. Simple is better i think~

********************************************************

Okay! Lama dah sy tak merasa buat entry panjang2 idea sendiri. Is trying to get back on track actually. Apapun,sy nak timbulkan satu persoalan dalam entry ni. Pernah tak sahabat2 terdetik dalam hati...?

"Layak ke aku bertawakkal dengan usaha secubit ni?" -cikai mungkin?-
Bahkan ada sahabat sy yg pernah bagitau," Rasa tak layak nak lulus exam dengan usaha macam ni". Usaha macam mana?Tepuk dada,tanya iman.. Setakat mana usaha yang kita dah lakukan.


Pernah sy timbulkan persoalan ini pada housemates after dinner *exam fever* haritu. Ada benda yang kita mungkin tak pernah terfikir, tapi di situ letakkan hakikat. Usaha itu apa? Tawakkal itu apa? Tawakkal diambil daripada salah satu asmaul-husna bagi Allah. Al-Wakil yang bermaksud Dzat yang Maha Mengaturkan segala urusan hambaNya ke arah kemaslahatan. Dengan kata lain, Dia yang Maha Berkuasa mengatur kehidupan kita ke arah kebenaran dengan memberi petunjuk agar kita dapat melalui kehidupan yang bermanfaat. Cuba kita hayati maksud ayat berikut :


Katakanlah, " Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Pada tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Ali-'Imran : 26)


Ada ulama menjelaskan bahawa tawakkal ialah penyerahan hati secara TOTAL seperti mana mayat ditangan orang yang memandikannya. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sekiranya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, niscaya Allah memberimu rezeki sebagaimana yang diberikanNya kepada burung-burung, berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang”.


Berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang. Bukankah secara tidak langsung menunjukkan ada usaha di sebalik rezeki yang diberikan kepada burung-burung itu? Dan bila diaplikasikan pula pada kehidupan manusia, pada kehidupan seorang student. Pergi kuliyah tu usaha ke? Pergi round pula macamana? Apa cerita pula dengan buat nota? Em,highlight point penting? Stay up malam-malam? (Lebih manis dan menuju kesempurnaan bila kita buat solat tahajjud,taubat,istikharah,hajat etc terlebih dahulu before start study bila bangun malam..Itulah peluang yang mungkin akan jadi kadang-kadang bila tak exam). Itu semua USAHA! Jangan ingat buat hanya kerana tanggungjawab semata. Pastikan diselit dengan keikhlasan..supaya semuanya berbaloi,inshaAllah :)


Dan pendapat sy pula, tidak mengapa bila sahabat2 rasa tak cukup usaha. Sy juga sering masuk dalam golongan ini. Tapi itulah yang kita mampu. Selebihnya ada pada penilaian dan keputusan Yang Haq. Jangan rasa kita tak layak nak tawakkal sedangkan itu yang membezakan Islam dengan agama lain. Usaha bukan berhenti bila habisnya detik terakhir exam. Doa itu juga usaha. Dan yang paling istimewa jadi khalifah Allah ni bila kita tahu,faham dan merasai akan adanya nikmat 'menyerah diri dengan sepenuh harapan' pada Allah al-Khaliq,inshaAllah.


Okeylah,sampai sini saja inshaAllah..nak skype pulak! eheee :D

***************************************************
Ohya,yang tak pernah sy lupa..semalam birthday my growing up boy,baihaqi!!

Happy 9th birthday my sweet sayang!^^
Rasa baru semalam kami celebrate birthday dia yang 1st.Masih ingat soalan kuiz yang Papa Aqi tanya. Surah apa yang *paling kecil*? ;)
M.teh doakan abang aqi jadi hamba mukmin,anak soleh,ummat hebat! InshaAllah,sama-sama doakan kita semua jumpa di syurga..AMIN~ mak teh loves you sayang..forever!



from left : Nur Hanan Sofiyyah, Ahmad Nasaee, Ahmad Baihaqi
(serius kan muka masing-masing?Ini bukan style sebenar..haha)



Love is in the air!
nhanunmr [17042011~1848]

1 thing(s) to ponder:

cik nourah said...

hee...aqi comel. happy birthday aqi!
bnyk aksesori dh eh...hehe

Back to Top